Memandangkan hari nie aku dah ada mood sikit nak menaip, so aku rasa aku nak bercerita tentang trip aku ke Universal Studios Singapore (USS). Sebenarnya, ini adalah trip aku yang paling jauh selama 31 tahun umur aku nie and the first time ever nak naik kapal terbang. Huhu..sedih giler. Tapi takpelah kan..at least merasa jugakla aku naik kapal terbang dari tak merasa langsung..kan kan kan..
Okeyh, berbalik kepada cerita aku tadi, kami pergi nie semuanya ber-4, aku, anak aku si Farhani, adik aku, Ina ngan kawan lelaki sorang Azam. Kiranya dia nie ala-ala bodyguard la konon walaupun kalau tengok ke saiz badan dia tu, awal-awal lagi dia dah terkeluar dari peringkat saringan nak jadi bodyguard. Jadi, di hari Jumaat yang indah bersamaan 11 Julai 2011, tepat pukul 3.30 petang, kami pun berlepasla ke Singapore dengan menaiki pesawat Air Asia. Abah aku yang hantar gi epot Penang, siap bagi duit belanja untuk anaknya dan cucunya ini. Tengkiu abah, you are the best lah.
So dah sampai kat lapangan terbang Changi dalam pukul 5.00 petang camtu, kami melantak Burger King dulu sebelum check-in hotel. Perut lapar giler kan. So, habis makan, kami pun pergila dapatkan teksi kat depan airport tu. Teksi-teksi tu dah ada petak siap-siap jadinya kalau ada sapa-sapa nak naik memang dah ikut turn, tak payahnya drebar teksi tu nak berebut-rebut macam kat jeti Langkawi. Bila tengok teksi diorang..fuiyyo..kerlass tu..Camry, Honda, Wish pun ada..berangan nak naik teksi mahal nih..pelancongla katakan..tapinya bila sampai turn kami..alahai..teksi old skool yang bodi panjang...mula lah aku tengok hang, hang tengok aku pastu sama-sama tergelak. Nak pilih-pilih teksi memang tak boleh dah..so nak tak nak memang kena naik la jawabnya. Takpe la janji sampai. Ngee...
![]() |
USS...here we come babeh |
Hotel kami ialah Hotel Micheal iaitu antara 3 biji hotel yang betul-betul ada kat dalam area Universal Studios Singaporetu. Dua hotel lain ialah Hard Rock Hotel (first choice tapi our booking terpaksa di-release sebab tak bayar deposit pada masa yang ditetapkan..huhu) and Festive Hotel. Kiranya dari balkoni hotel tempat kami duduk tu dah boleh nampak persekitaran Universal Studios..weee. Hotel Micheal nie bersambung dengan Hotel Festive, cuma Hotel Hard Rock Hotel je yang jauh sikit. Tapi yang besnya, kat Hotel Micheal nie la yang ada segala high end designer boutique; contohnya macam Coach, Salvatore Feragamo, Bally, Raoul, Gucci to name a few. Victoria Secret pun ada. He..he..aku brani masuk VS je lah sebab aku tahu price range dia berapa...yang lain-lain tu aku lalu je...Jeling pun tidak..huhu...buat teringin aku je nanti.
![]() |
Signboard hotel |
![]() |
Bilik dia yang sangat selesa (padanla dengan harga) |
![]() |
Dressing table |
![]() |
Bilik air yang mewah gitu |
Bila start landing atas tilam dia, alemak..empuk gile. Otomatik mata pun jadi mengantuk. So...sepanjang petang kami habiskan masa dengan mengeroh..ZZZZZ...ditambah lagi dengan perut dah kenyang hasil lantakan tak hengat dunia masa kat Burger King tadi, pastu dengan suhu air-cond yang memang ngam-ngam (tak sejuk, tak panas)..hadoiii..memang seronokla buat taik mata tiga orang nie. Member kami si Azam tu aku tak tau apa aktiviti dia sebab dia tak duduk sekali kan..ngeh ngeh ngeh...
Klip klap klip klap..malam pun menjelma..huargh!!!Bila dah bangun..tapi perut lapar balik..huhu. Maknanya dah habis cerna la makanan tengahari tadi. Lepas mandi, keluar nak cari makan pulak. Ronda-ronda keliling sekitar USS, tengok restoran cina banyak la..pastu ada kedai roti. Haish!!!Takkan nak makan roti je plak..dah la tengah lapar gila nih.
Jalan depan lagi sikit, oh-oh..nampak restoran Chilli's..happy giler dah berangan nak makan stik tapi skali tengok orang beratur nak wait to be seated punyala ramai. Badan yang tegak tadi dah bongkok sikit sebab frust + lapo keterlaluan. Tambah lagi bila teringat status kehalalannya yang kompom menimbulkan keraguan, terus kansel. Nak tak nak terpaksala keluar dari kawasan USS. Kami ambek teksi (dapat teksi old skool lagi) cari restoran mamak kat pekan. Aku cuma makan nasi lemak sebungkus dan teh panas aje. Jadilah untuk alas perut.
Jalan depan lagi sikit, oh-oh..nampak restoran Chilli's..happy giler dah berangan nak makan stik tapi skali tengok orang beratur nak wait to be seated punyala ramai. Badan yang tegak tadi dah bongkok sikit sebab frust + lapo keterlaluan. Tambah lagi bila teringat status kehalalannya yang kompom menimbulkan keraguan, terus kansel. Nak tak nak terpaksala keluar dari kawasan USS. Kami ambek teksi (dapat teksi old skool lagi) cari restoran mamak kat pekan. Aku cuma makan nasi lemak sebungkus dan teh panas aje. Jadilah untuk alas perut.
Lepas makan, kami balik semula ke hotel dan ronda-ronda kawasan luar USS tu. Since dah malam, banyak kedai yang dah tutup kecuali kedai coklat Candylicious dan Hard Rock Cafe yang masih buka. Masuk kedai Candylicious tu pun dah naik gile tengok pilihan coklat dia yang pelbagai. Anak akulah orang yang paling happy, mesti rasa macam di syurga=D
![]() |
Lollipop yang bergantungan. Geram sangat tengok! |
![]() |
Depan kedai Candylicious yang penuh warna-warni |
To be continue....
XOXO,
Pumpkin
No comments:
Post a Comment