Monday, November 19, 2012

Jiran kau baik ke tak?

JIRAN.  Dalam bahasa mudahnya 'jiran' merujuk kepada sesiapa yang berada berdekatan dengan kita.  Kalau kawasan perumahan pulak, sesiapa sahaja yang rumahnya dekat dengan rumah kita tu kiranya jiran lah.  Tak kiralah kalau rumah jiran kita tu kat depan ke, belakang ke, kiri ke, kanan ke...kalau time dia menumis tu kita boleh bau masakan dia tu..haaa..kira jiran lah tu.  Kalau petang-petang mak kita kata "nak pergi rumah jiran kejap", sedia maklumla...pergi je cari rumah jiran yang ada pokok mangga sebab pokok mangga nie memang sinonim dengan perkumpulan Ahli Mesyuarat Tingkap.  Seronok makcik-makcik ye menganyam ketupat?  Baju dalam mesin dah sidai ke belom???

Kenapa aku dok buat intro pasal jiran panjang lebar nie?  Sebabnya aku nak bercakap fasal jiran.  Jiran nie ada macam-macam perangai, ada jiran yang suka buat hal sendiri tak bergaul dengan orang, ada jiran yang terlebih peramah, semua dia nak ambik tau sampai spender yang kau jemur kat ampaian pun dia nak tau jenama apa, ada jugak jiran yang pilih jiran, maksudnya cuma yang sekufu je boleh baik ngan dia.  Yang konon tak sekufu kalau panggil kenduri pun tak nak datang siap boleh bagi 1001 alasan yang tah hapa-hapa dan ada jugak jiran yang asyik nak cerita fasal dia aje.  Konon-konon dia lah yang elok, anak beranak dia lah yang paling hebat, cerita orang dia tak nak dengar.  Dia cuma nak korang dengar cerita dia je.  Berrrr.....Macam macam perangai la senang citer.
 
 
Kau tahu...Joyah tu kan..pot pet pot pet...
bini no 2...pot pet pot pet...
 
 

Alkisahnya macam nie, ada sorang kawan aku nie dapat offer nak pergi bercuti kat negara China selama 5 hari.  Ikut suami dia yang kerja dekat travel agency.  Suami dia buat surprise belikan air ticket untuk dia join sekali.  Dalam dok seronok tu, terselit juga lah rasa gundah gulana dalam hati dia sebab sedih dan tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak dia yang masih kecil seramai 4 orang tu.  So dia pun dok meluahkan rasa dilema dia dekat aku. 
 
Aku nie takla pandai sangat dalam bab-bab nak comfort orang nie tapi aku try la jugak sebabnya aku pun kekadang terpaksa tinggalkan anak aku jugak kalau nak ke tempat yang jauh sikit.  Aku katalah kalau dia tinggalkan anak dia pun bukan sebab dia tak sayangkan anak-anak dia tapi ya lah, anak dia still kecil-kecil lagi, bukan sorang, 4 orang (beranak rapat-rapat).  Nanti nak ke sana nak kena mengusung stroller lagi la apa la..bla bla bla....bila anak-anak dah besar, ada rezeki lebih bolehla bawa pergi ke Disneyland Hong Kong ke, lagipun kalau nak ke China bukannya ada apa sangat untuk budak-budak ni.  Tambah lagi sekarang musin sejuk, kalau badan tak tahan buatnya demam serentak budak-budak tu tak susah?  kalau bercuti dalam negeri lainlah.  Kawan aku nie nampaknya bolehla terima sikit walaupun dalam hati tu masih ada perasaan sedih.  Normal la..ibu mana tak berat hati nak tinggalkan anak kan.
 
So, sampai hari nak bertolak tu, pagi-pagi buta lagi kawan aku dah Whatsapp aku kata anak dia letak note bawah bantal tak bagi dia pergi ke China.  Kawan aku yang memang lembut hati nie terusik juga lah dengan effort anak sulung dia yang baru umur 7 tahun tu sampai dah terfikir nak kansel trip pun, kalau tak mengenangkan si suami dah bayar air-ticket 2k lebih.  Tak pergi kang nanti, kecik hati suami pulak.  Aku pun memainkan la peranan aku sekali lagi kata the first time is always the toughest tapi anak-anak nie sometimes kena belajar tinggal so diorang akan jadi lebih berdikari.  Lagipun bukannya lama mana pun, 5 hari je.  Dalam hati aku pun adala rasa bengang sikit-sikit dengan kawan aku nie yang take things too compliceted.  Pemikiran macam nie kadangkala akan menyebabkan kita create satu masalah which is not there @ the first place.  So habis kat situ.
 
Dalam pukul 7 petang tu (dia bertolak pukul 9 malam), dia telefon aku nangis-nangis kata dia baru sembang dengan jiran sebelah rumah dia.  Dia khabarkan la dekat jiran dia tu yang dia nak ke China dan tinggalkan anak-anak dia dekat adik dia.  'Jiran' dia yang begitu prihatin nie siap bagi pendapat tak bertauliah kekonon dia tak pernah tinggal anak dia selama 10 tahun kononnya tak sampai hati.  Siap boleh tanya lagi dekat kawan aku nie, sampai hati ke nak tinggalkan anak-anak dia yang masih kecil tu?  Tergamam la jugak kawan aku nie bila ditanya soklan cepumas cenggitu.  Dengan pertanyaan tu membuatkan dia rasa diri dia tu ibu yang jahat.=.=.  Kawan aku yang memang dah syahdu dari pagi apa lagi...merembes air mata la jawabnya. 
 
Aku dengar je cerita tu, tak tahu kenapa, rasa darah aku menyirap (aku plak yang feeling lebih).  Halo jiran sebelah, kau dah tau yang jiran kau memang berat hati nak tinggalkan anak-anak dia, sebagai jiran yang prihatin, kau patut tenangkan perasaan dia bagi dia lega sikit.  Boleh tak guna otak sikit sebelum ko tanya pape?  Ini tak, engkau pergi pulak saiko kawan aku tu bagi dia jadi lagi saiko.  Oh baik sangatla hati engkau 10 tahun tak pernah tinggalkan anak ye.  Nape kau tak cakap je yang engkau tu sebenarnya tak pernah dapat peluang nak pergi bercuti ke luar negara walaupun anak engkau dah besar panjang?
 
Leaving your kids for a 'time' for yourself doesn't make you a bad mother.  Tak semestinya kalau engkau 24 jam dengan anak kau pun tapi masa yang engkau spend tu berkualiti kalau engkau asyik sangat bergebang bab orang sampai pukul 1 tengahari pun anak kau dok berlemuih dengan baju tidur lagi.  Aku tak kenal la jiran kawan aku tu tapinya from the way kawan aku story dekat aku tu, the first assumption aku buat pertanyaan tu lebih kepada dengki.
 
So berbalik kepada topik aku pada hari ini, ialah sejauh mana kita mengenali jiran kita tu.  Aku bukan anti-social tapi maybe sebab aku nie jenis susah nak percaya dekat orang.  Manusia nie hati lain-lain.  Memangla manis depan kita tapinya belakang kita?  Oleh itu, masih perlu ada secebis syak wasangka.  Jangan semua nak diceritakan takut nanti terkena dekat kita balik.  Dan janganla pulak nak menyombong tak tentu hala, karang jadi apa-apa, susah juga.  Jadi, kena waspada.  Kalau korang dapat jiran yang baik, alhamdulillah.  Kalau sebaliknya, pandai-pandaila nak hidup.  Jangan pulak sebab jiran kau tu hari-hari bagi cekodok kat kau, kau dah mula rasa terharu dengan kebaikan dia.  Mana tahu, ada sesuatu disebalik cekodok tu...hidden kamera ke..ekekeke..


Korang sanggup tak kalau dapat jiran cenggini?




Adios

Thank You for reading this entry.



XOXO,
Pumpkin

No comments:

Post a Comment