Thursday, April 25, 2013

Moh Kita Berjoging

Semenjak dua menjak tiga menjak nie, memang aku sedih tengok badan aku kat cermin. T__T.  Bukan tak bersyukur..bersyukur sangat sebab dikurniakan Allah fizikal yang sempurna, cukup serba serbi tapi masalahnya kesempurnaan yang dikurniakan itu tak mendapat penjagaan yang sewajarnya.
 
Kenapa aku kata camtu?  Sebabnya ialah aku malas jaga badan.  Kalau dulu berat aku dalam 49kg je..paling tinggi pun 50kg la..itu pun lepas makan tapi skarang nie dah mencanak naik sampai 54kg!!!Astaga!!!Nak berpinau bijik mata aku tengok jarum penimbang tu laju je berpusing.  Patutla aku rasa berat semacam dan perasan badan aku nie dah mula berlebih-lebih kat merata ceruk macam muffin baru keluar dari oven.  Tapi, lumrah manusia la kan, pastu mula la nak salahkan penimbang tu tak calibrate la, apa la padahal dalam hati nie tuhan je yang tahu.  Dan buat pengetahuan korang tu memang kali last aku timbang.  Lepas tu tak timbang sampai ke sudah.  Trauma.
 

OMG!!!I seriously do not want to be like this.


So at the end of the day, aku buat keputusan kena do something.  Memandangkan time tu secara kebetulan ada satu produk yang konon-kononnya FENOMENA, sebagai seorang insan yang sangat memerlukan, memang pucuk dicita ulam mendatangla.  Tambah lagi asal aku bukak fesbuk je, 70% news feed aku memang penuh dengan promosi losyen pengurus badan yang kekonon sangat hebat dan berkesan.  Tu tak masuk testimoni pengguna lagi.  Kesudahannya aku pun beli lah 2 botol, sebab masa tu ada promosi free pos kalau beli 2.  Lagipun aku fikir, dengan nisbah lemak kat badan aku ni, cukup ke sebotol?  Kang 2 kali picit dah habis, lagipun botol tu takla besar mana.

Punyala teruja nak try, memang menggedik gila tak soba.  Tambah lagi bila tengok page pengasas dia yang tak habis habis dok cakap "boleh makan apa saja, lepas tu sapu losyen tu kat area yang berlemak, gerenti kurus".  Korang taknak lagi produk hebat cam gitu?  BOLEH MAKAN APA SAJA OK...diulang...BOLEH MAKAN APA SAJA.So, aku pun makan la apa saja macam biasa, pas makan dalam 30 minit tu cepat-cepat sapu losyen tu.
 
Okay, to cut the story short, keputusannya?  Sungguh menyedihkan.  Pada aku, aku tak nampak atau rasa apa-apa kesan pun selain dari rasa panas merenyam bila losyen tu disapu.  Lagi gemuk dok ada.  Kesan dari boleh makan apa saja.  Hampeh betul.  Ngabihkan duit aku ja.  Lepas dua botol setengah, aku terus stop pemakaiannya sebab aku rasa lebih kurang macam sapu Johnson & Johnson je.  Harapkan wangi.

Padanlah dengan muka aku, nak jalan mudah sangat.  Last-last duit habis, lemak makin bertambah. T__T.  Tapi aku rasa bukan aku je yang tadek kesan, orang lain pun sama sebab produk tu macam dah kurang fenomenanya.  Testimoni pun dok ulang pakai yang sama ja, cuma pengasas dia je yang tak habis-habis dok promote diri sendiri.=P
 
Habis bab losyen, aku beralih bab pemakanan plak.  Ada kawan promote susu.  Katanya satu tin susu tu kalo habis, in syaa allah boleh turun sampai 5kg.  Wah..teruja ni.  TAPI!!! ada tapinya...tak boleh ambik segala gula yang ada dalam karbohidrat.  Maknakata dalam bahasa mudahnya ialah : aku tak boleh makan nasi, mee, roti, pisang, kuey tiow dan lain-lain makanan berbentuk karbohidrat.  Tapi lauk boleh makan sebanyak mana pun nak makan.  Cik Gayah oii!!!kalau dah segala jenis mak nenek aku tak boleh makan, kalau aku tak minum susu kau pun aku boleh kurus.  Habis tu apa bendanya yang aku boleh makan?  Larat aku nak meratah lauk je keja?  Dah sama naik ngan kucing aku dah.  Kucing aku pun makan nasik tau gaul dengan ikan rebus.
 
Jadi, setelah segala opsyen mudah tak menjadi, nak tak nak terpaksalah aku beralih kepada cara tradisional - BERSUKAN.  Dalam banyak-banyak pilihan, aku pilih untuk berjoging sebab pada aku, inilah senaman yang paling senang.  Lagipun berdasarkan pembacaan aku, berjoging ni memang berkesan untuk mengurangkan berat badan.  Sanggup beli lasut NIKE kekonon nak bagi semangat untuk bersukan.  Poyo.
 
Maka bermula lah rutin aku berjogging sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama sejam.  Kalau hari kerja tu, aku joging lepas time kerja, kalau waktu cuti, lepas Subuh tu terusla aku keluar joging.  Mula-mula start joging memang semput, lari baru sepelaung jauhnya aku rasa macam jantung aku dah nak terpelanting keluar.  Tapi sekarang aku dah boleh joging dalam 4km tapi selang seli la dengan berjalan.  Betul orang kata "Practice makes perfect".  Lagipun aku joging sambil relax, bukannya joging beria macam nak masuk pertandingan marathon.
 
The result?  Hehe..malu nak cakap.  Berat aku memang ketegaq nak turun!!  Dah joging pun tadeknya nak turun macam yang diimpikan.  Tapi at least, aku boleh rasa perbezaannya.  Badan aku dah makin ringan dan tak cepat letih atau rasa malas macam selalu.  Agaknya toksin-toksin dalam badan aku nie dah keluar melalui peluh gamaknya.  Jadi, instead of my earlier target berjoging sebab nak kurus, aku dah ubah target aku.  Maintain sihat.  Ececece.  54kg pun tak apa lah asalkan tak naik lagi.  Cukup setakat tu.  Lagipun BMI aku still within normal range walaupun dah duduk kat hujung-hujung.  Bukannya aku nie artis macam Nora Danish nak kena maintain hot sepanjang masa.
 
Moral of the story is tak ada jalan mudah untuk dapatkan sesuatu.  Kena usaha.  Tadek maknanya statement "ko boleh makan apa saja, ko sapu losyen akak, ko boleh kurus" Memangla kurus akak oiii...tapi dompet aku yang kurus.  Takpun aku memang nampak kesan kat jari kelingking aku sebab hari-hari aku  guna nak sapu losyen akak, jadi mungkin concentration losyen kat jari tu lebih gamaknya.  Hik hik...
 


 

Thank you for reading this entry.



XOXO,
Pumpkin

No comments:

Post a Comment