"Handbags are like accessories, only the prints change."
- Sarah Rupiper
- Sarah Rupiper
Korang suka beg tangan tak? Aku sukaaaa sangat dekat beg tangan. Dulu aku tak pandai melawa, jadi kalau keluar rumah, aku cuma letak duit, kad pengenalan, lesen ngan handset dalam poket seluar. Pastu aku pun ala melenggang Mak Limah keluar rumah. Lalalalala...
Tapi sejak-sejak kulit muka aku diserang oleh jerawat durjana tanpa belas kasihan, barulah aku mula belajar bawak beg tangan. Apa taknya, dulu bawak 4 benda je, tu pun kecik-kecik. Tapi sekarang kalau boleh segala jenis mak nenek aku nak bawak untuk memastikan kecantikan mukaku ini (awat tetiba rasa melugai macam nak muntah?). Beg tangan aku nie dah jadi macam poket Doraemon la lebih kurang, macam-macam ada. Sebab tu lah kalau aku beli beg tangan pun jarang yang kecik-kecik, mesti besar gedabak supaya senang aku nak godek-godekkan tangan aku dalam tu nanti kalau nak cari sesuatu. Yelah, mana nak campak lipstick, compact powder, blotting paper, energy water spray...bla bla bla..
Tapi aku nie memilih jugak orangnya. Aku suka handbag yang berjenama sahaja contohnya macam Coach, LV, MBMJ, Mulberry dan ada lagi lah. Op op..mulut kau tu. Sebelum kau nak kata aku berlagak, baik dengar dulu explaination aku kenapa aku suka beg berjenama. Secara peribadinya ialah sebab beg berjenama nie beri satu kepuasan untuk aku. Yelah, beg berjenama nie selalunya mahal-mahal, padanla dengan kualiti dia (ayat tipikal). Jadi, kalau aku dah terberkenan dekat sesuatu beg tu aku kena la berusaha mendapatkannya, contohnya saving ke, cut cost kat mana-mana spending yang tak perlu ke...so bila beg tu dah dapat kat tangan aku memang rasa puasla. Lagipun aku pun sedar diri sama. Kalau orang kaya akan kata jenama yang aku sebut tu sekadar picisan je. Apala sangat kalau nak dibandingkan dengan Hermes, Fendi, Chanel @ Birkin (feveret Victoria Beckham). Tak mampu la mak, nyah...rasanya kerja sampai pencen pun tak tentu merasa.
Tapi tak bermaksud aku tak suka @ pandang rendah kat beg yang takde jenama nie. Macam aku cakap tadi, its more to my personal choice. Kalau korang rasa aku banyak membazir ke apa ke, ikut suka korang la kan. Janji apa yang aku ada nie ialah dari titik peluh aku sendiri, aku tak meminjam, aku tak berhutang. Apa yang aku beli nie 100% duit aku. Mintak kat bopren pun tidak wooo.
So, now we back to my story. Beg berjenama aku yang pertama ialah Coach. Aku rasa peminat-peminat beg nie kan, wajib ada Coach dalam koleksi diorang la. Beg yang aku beli nie dikeluarkan sempena hari Kekasih tahun 2006, kalau tak salah aku. Masa nie aku naif lagi, tak tahu yang Coach nie cepat turun harga. Aku beli masa dia baru sangat keluar, harga tengah mahal. RM1275.00 termasuk tax. Mahal giler sekarang aku rasa.
Tapi sekarang aku dah tak suka Coach sebab aku rasa dah terlalu banyak lambakannya jadi dah tak ada exclusivity dan value. Yang fake pun banyak. Sama sejibab pulak tu. Beg nie pun aku dah jual dekat sorang lelaki yang nak jadikan prezen untuk awek dia. Laku RM400.00 je tau. T_T. Tapi aku fikir dari tak terjual dan rosak sebab makan diri, so aku letgo je la kat insan tu...Mesti seronok awek dia sebab dapat beg tu. Nampak macam baru lagi sebab tag kat poket dalam pun aku tak cabut.
![]() |
Mentangla hari Valentine, seketul-seketul Love dia tarok. Beg nie memang besar sampai aku rasa kucing aku pun boleh masuk |
Kat bawah nie adalah antara beg paling mahal pernah aku beli. Tapi dah jual dah sebab dah puas pakai. Aku nie jenis cepat boring. Duit tu aku boleh buat beli beg lain. Macam tu lah caranya..hihihi.
![]() |
Burberry Heart Cantley Canvas Tote |
Beg nie sangat cantik pada aku. Masa mula-mula dapat tu rasa macam nak menangis sebab happy sangat. Aku beli dari Zarina, CatchThatCoach. dengan harga RM1650.00. Tengah sale kot aku rasa so memang murah dan berbaloi-baloi sangat. Harga kat blog lain untuk beg yang sama paling mahal aku pernah jumpa ialah RM2250.00. Tapi aku dah jual dah dengan harga RM700.00 je. Murah kan? Aku tak sampai hati nak jual mahal sebab bahagian dalam beg tu ada kesan 'beretang' (loghat utara) macam peta sebab air mineral tumpah tapi from outside masih cantik.
![]() |
Louis Vuitton Neverful MM |
Aku nie sebenarnya tak suka sangat brand LV sebab aku rasa design dia macam makcik-makcik sikit. Tapi orang kata kalau peminat beg tegar tak sah kalau tak merasa LV so aku pun beli lah beg nie dari Corina, CoachMuchMore (sekarang dah tukar jadi TheChic Sac) dengan harga RM2500.00. Aku pakai setahun je pastu aku jual dengan harga RM1550.00. Murah? memangla..aku tak berkira sangat. Lagipun aku fikir, dari orang beli mahal-mahal baik diorang grab yang baru terus. Jadi at least aku dah merasa bawak LV tapi aku tak rasa best pun. Hmm..citarasa masing-masing.
Jadi sekarang aku cuma ada 3 beg je dalam koleksi aku. 2 dari MBMJ dan satu lagi Longchamp bug series aku buat pakai gi kerja atau outing biasa-biasa. MBMJ nie pada aku sangat trendy dan originaliti dia setakat nie masih terpelihara. Lagipun kat Penang nie rasanya tak ramai yang pakai MBMJ. Cuma yang tak besnya, beg nie dia agak berat sebab diperbuat dari 100% cow leather, so agak-agak sakit bahu jugala nak membawanya. Longchamp pulak tahan lasak dan boleh basuh, jadinya tak payah nak berhati-hati sangat dengan dia.
![]() |
Kesayangan hati hamba MBMJ Hillier Hobo in Chambray Bought from Aini, KL Premium Outlet for RM1400 |
![]() |
Kesayangan hati hamba yang terbaru MBMJ Lil'Ukita in Blush Bought from Adilah, the Bagbuz for RM1220 |
Dalam wish list aku sekarang ada dua lagi yang belum aku dapatkan. Dua-dua from Mulberry. Tak mampu lagi sekarang sebab mahal. Tengoklah kalau ada good bargain masa aku gi London nanti aku beli lah. Kalo tak, tunggu bonus tahun depan la kot + saving sikit-sikit. Ngeee....~
![]() |
Mulberry Daria Hobo in Dusty Pink Harga sekarang 695 pound kalau tak salah aku |
![]() |
Mulberry Eiffie Satchel in brown suede |
Kalau korang perasan, aku suka beli beg tangan from online. Sebabnya ialah harga yang memang jauh lebih murah dan boleh bayar 2x. Maksudnya masa letak depo sekali, masa barang sampai sekali. Jadi sempatla nak kampoi mana-mana yang patut. Kalau beli butik mahal la sangat kat Malaysia nie. Tapi kena hati-hati jugak. Pastikan seller tu ada reputasi yang baik. Karang dia jual dekat kita beg yang mirror grade tapi jual harga ori. Rugi-rugi. Sekarang nie dah banyak kes-kes macam nie jadi memang kena berhati-hati.
Hohoho...syiok sangat story fasal beg tangan aku nie sampai tak sedar dah panjang berjela-jela entri aku ni. Excited terlebih bila story tentang topik yang aku suka. Jangan mare~
Thank you for reading this entry.
XOXO,
Pumpkin