Kejadian yang aku nak ceritakan ini berlaku dalam minggu lepas tapi aku tak ingat hari apa (short term memory loss). Pagi tu macam biasalah..aku bangun, check facebook (poyo je kan celik je mata terus check fb. Perasan femes =.=), mandi dan bersiap. Oh oh..hari nie rasa nak melawa lebih sikit...pilih2 baju, minum neskepe, and I'm ready for work. Lalalalala..hip hip...
Dengan penuh keayuan yang terserlah, aku pun drivela kereta Satriaku ke tempat kerja sambil dengar radio Red FM. Aku bawak keta aku macam biasalah..rilek aje, tak kiralah samada aku dah lambat ke..awal ke...macam tu jugakla aku bawak. Masa brenti kat traffic light sebab lampu merah, tetiba je radio aku terpadam. Dengan musykilnya sambil kening berkerut, aku tengok radio aku. Apa ke hal pulak radio nie senyap je tetiba. Aku tekan tekan butang on tu banyak kali, mana lah tahu kot aku tertutup butang tu masa ambil fon tadi. Tapi tak hidup pun. Hmm...wayar putus kot (itu ja lah selalunya assumption aku. Maklumlah..keta buruk). So aku buat dek je lah.
Bila lampu bertukar hijau, aku meneruskan perjalanan macam biasa. Takde sikit pun aku risau fasal radio aku yang terpadam tiba-tiba tu. Aku kerling jam. o_O...OMG!!!Naper jam aku pun dah kelabu hasap tunggu masa nak padam nih? Belum sempat aku berfikir, tetiba kereta aku rasa berat..tekan minyak pun tak jalan...nyet nyet nyet dan akhirnya terus berhenti tanpa rasa bersalah betul-betul kat traffic light. Bertambah malang, kereta aku depan skali plak tu. OMG!!OMG!!Apa aku nak buat nih? Memang aku panik!!!Okay okay, rilek..rilek..ce letak gear kat 'N' dan hidupkan enjin skali lagi. Baca bismillah...Start enjin..tak boleh jugakkk!!!Uwaaaa!!!
Lampu dah bertukar hijau...sebelum aku kena hon macam orang gila, aku nyalakan isyarat kecemasan yang double signal tu. Nasib baik kereta aku tak ke tengah sangat walaupun aku depan skali, jadi masih ada ruang untuk kereta lain potong kereta aku. Dengan muka yang cuak 1000x, aku keluar dari kereta (malu!!!) dan tunggu kat tepi tu. Malu aku bai...mekap mampan aku semua dah cair sebab panas; panas dalaman ngan luaran sama banyak. Nasib baik jugakla ada pusat servis kereta berdekatan, tapi yelah..pukul 8 pagi manala bukak lagi. Ingat macam 7-E ke bukak 24 jam?Pastu aku call kawan sepejabat aku soh datang ambik aku.
Aku : Wei, bai. Keta aku wat perangai la. Mati tiba-tiba tengah jalan plak. Kau datang ambik aku kat traffic light Jalan Betek nak ke Pejabat Daerah tu. Ada bangunan usang, aku tunggu kat situ. Cepat sikit. Aku malu nih!! (Bidaah! dahla mintak tolong orang, selamba je bagi arahan).=.=
Dalam 10 minit camtu kawan aku (lelaki) pun datang. Dia nie memang sangat baik ngan aku dan aku pun suka kawan dengan dia sebab kami satu kepala. Okey, sila ikuti perbualan ini baik-baik :
Kawan : Ngapa keta?
Aku : Tahla..tetiba je buat perangai. Benci aku. Dahla minggu lepas dah masuk workshop sebab minyak hitam bocor.
Kawan : Kau bukak bonet depan, meh aku nak tengok. Tu la pompuan, tahu bawak jek.
Aku : Kau reti ke? (muka sinis, rambut pun kau main sikat tepi macam pengawas sekolah)
Kawan : Retilah..kau bukak je lah. Ingat aku koman sangat ke?
Aku pun mengikut arahan dia bukak bonet. Tu pun terkial-kial. Nasib baik butangnya satu je kat bawah tu. Kawan aku yang berlagak macam beh tu tenung kat enjin kereta aku sambil terhangguk-hangguk (eleh..poyo je ko nih). Pastu dia ambil spanar dalam kereta dia, dengan muka serius, dia ketuk ketuk macam main alat muzik tradisional tu. Serius aku nak tergelak time nie. Pastu dia bukak tangki air plak.
Aku : Ko nie dah kenape? Ketuk-ketuk cambeh je
Kawan : Aku tengah cari punca la ni. Aku tahu dah, mesti sebab bateri kereta kau mati tiba-tiba. Bateri nie bila tukar?
Aku : Sorry sket eh..nie bateri baru je tukar..tengok date..20hb 5. Baru setengah tahun.
Kawan : Abih tu naper kereta ko boleh mati enjin? Kalau mati enjin mesti sebab bateri.
Aku : Ko nie nama je lelaki. Aku rasa kereta nie ada masalah alternator. Tak semestinya sebab bateri je mati enjin. Lagipun, kalau bateri yang weak, dia tak akan mati masa enjin masih hidup. Habis kuat masa dah matikan enjin, tak boleh nak start. Nie dia tangkap satu, satu..mesti alternator ni. Mula2 radio, pastu jam. Pastu padam..bla bla bla...
Kawan : Eleh..poyo je ko nie. Nanti kita tanya apek tu apa yang rosak bila kedai dia bukak nanti.
Dipendekkan cerita, memang betul alternator aku rosak. Terbakar terus. Jadi, dia tak dapat nak re-charge bateri kereta dan kereta aku bergantung sepenuhnya pada kuasa bateri semata-mata. Bila bateri pun habis, sebab tu lah padam. Bangga aku sebab teori aku betul. Hahaha..jangan pandang sebelah mata...
On the way balik dari bengkel apek tu :
Kawan : Pandai gak kau nie bab-bab kereta eh. Macam aku, memang aku tak tau langsung sebenarnya. Saja la nak impresskan kau.
Kawan : Pandai gak kau nie bab-bab kereta eh. Macam aku, memang aku tak tau langsung sebenarnya. Saja la nak impresskan kau.
Aku : (bangga..kembang hidung sampai menyucuk-nyucuk pipi aku)
Kawan : Err..tapi camana kau boleh tahu masalah alternator? Impress aku.
Aku : Heheh..banyakkan membaca...aku agak2 je. Ingat pompuan nie suka baca URTV ngan majalah Mangga je ke?
So begitulah kiranya pengalaman aku berada dalam situasi yang pada aku memalukan. Huhu. Lepas kejadian tu, setiap kali aku hidupkan enjin kereta, aku akan check signal bateri tu nyala ke tak. Trauma beb. Tapi kan..psstt..yang bab alternator tu aku tahu sebab nie dah kali kedua aku mengalaminya. Bukan sebab membaca pun. Hahaha...Padan muka kau kena tipu...=.=
Thank You for Reading This Entry,
XOXO,
Pumpkin
![]() |
Yo-yo je buat-buat pegang telepong. Cover malu punya pasal |
Thank You for Reading This Entry,
XOXO,
Pumpkin
Bodoh
ReplyDelete