Sebelum tu aku nak khabarkan siap-siap , entri nie memang panjang.
Jadi kalau rasa nak termuntah, sila jangan teruskan pembacaan anda. Sekian.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Pagi 12/07/12 tu, lepas dah bersiap and breakfast kat hotel, terus je bergegas kat pintu masuk Universal Studios Singapore (USS). Tak sabar-sabar nie sampaikan breakfast pun makan ciput je. Kebetulan cuaca cerah elok je, walaupun hari masih awal dah ramai orang berkumpul kat depan pintu masuk tu. Masing-masing muka excited nih termasuklah aku.=D. So sementara tunggu agen yang bawak tiket untuk kami sampai, kami meronda la dulu kat sekitar area berdekatan, jamu-jamu mata dekat kiosk yang jual barang-barang USS. Tengok je, tak beli pun sebab faham-fahamla duitnya mahal dong!
![]() |
The first statue - ingat tak patung I'm thinking dalam movie 'Night @ the museum'? Belah kiri tu lah hotel tempat aku menginap |
![]() |
Signboard tunjuk arah pun cantik |
![]() |
Depan trademark Universal Studios Singapore Sanggup tunggu globe tu berpusing sampai nampak wording 'UNIVERSAL' baru snap gambar |
Lepas 15 minit camtu barulah agen tu sampai. Tanpa berlengah dan membuang masa, kami berempat pun dengan penuh rasa debaran di dada, terus check-in USS tu. Masuk-masuk je dalam tu ramainya umat ya ampun tapi masih keadaan selesa dan terkawal. Tak adalah crowded berhimpit-himpit macam suasana Jalan TAR dekat-dekat musim raya kan. Dipendekkan cerita, kami pun berjalan-jalan dengan hati kesukaan kat dalam kawasan USS tu (ala-ala YB melawat kawasan).
![]() |
Nak jalan pun kena tengok peta dulu..apa kau ingat main redah je ke? |
![]() |
Peta Universal Studios Singapore |
![]() |
Ala-ala Hollywood Hall of Fame gitu |
Masuk-masuk je dalam kawasan USS tu, korang akan jumpa Hollywood city. Bangunan-bangunan kat zon nie set-up jadi Hollywood masa zaman koboi. Kalau nasib korang baik, bolehla jumpa Marilyn Monroe nie.
![]() |
Perkampungan koboi dari jauh |
![]() |
Amboi pakcik..seronok beno pakcik pegang tangan Marilyn ye. |
Sambil-sambil berjalan tu, korang akan berkesempatan la berjumpa dengan karektor-karektor kartun USS macam Woodywoodpecker, Betty Boop, Kungfu Panda, etc. Karektor-karektor kartun tu akan keluar ikut timing, tadekla segerombolan keluar beramai-ramai macam kambing keluar kandang. Siap ada bodyguard accompany lagi. Kalau nak ambil gambar kena beratur ikut turn, bukan pakai main serbu ikut dan je. Memang teratur sistem cenggini.
Bagus la kan, so semua orang ada peluang nak bergambar. Korang bayangkan la kalau contohnya ada satu group tu 10 orang, semua nak ambil gambar individual ngan karektor tu (nak buat profile FB la tu). So karektor tu taklah kena kepung dengan group diorang je. By the time sampai turn korang, dah time-out, karektor tu kena balik berehat. Tak ke hangin satu badan?! Aku pun bayar jugak tau.
So kat sini aku tepekla beberapa gambar karektor yang aku jumpa dan sempat ambil gambar. Ada jugak yang jumpa tapi malas nak bergambar dan ada juga yang teringin nak bergambar tapi tak jumpa contohnya Poo Kungfu Panda. Huhu
![]() |
Charlie Chaplin si misai kontot |
![]() |
Frankestein : salah ekspresi muka daaaa..bukan patutnya kena takut ke |
![]() |
Woodywood Pecker kartun kegemaran aku zaman budak-budak dulu |
![]() |
Pakcik belang nie aku tak tau karektor apa tapi mulutnya asyik dok mengomel je. Masalahnya sepatah haram aku tak paham apa yang dia kata |
![]() |
Kungfu Panda dengan saudara bau-bau bacang |
![]() |
Perhatian! Ini bukan Wolkswagon kuning dalam cerita hantu Karak tu ye tuan-tuan dan puan-puan |
Entering the Sci-fi City after New York
Pastu kedepan sikit dari Hollywood nie boleh akan jumpa Sci-Fi City. Aku tak singgah pun nak tengok apa yang ada kat sini sebabnya aku tak minat benda-benda berasaskan sains fiksyen nie okay, sebab tu seumur hidup aku tak pernah nak tengok cerita Star Wars ke..Star Trek ke..tapi kalo Honey Star tu aku memang suka sebab sedapp!!!Hihi.
![]() |
Alang-alang dah terjumpa kan, ambik je la gambo ngan makhluk asing nie. Tak sensor langsung, dah tau pakai spandex, pandai-pandai la nak sorok yang terjojol tu:* |
![]() |
Ini roller-coaster dekat Sci-fi city. Ngeri!!! |
Jalan jalan jalan, the first pit-stop is The Lost World. Tengok pintu gerbang pun dah ngeri dah ala-ala cerita Jurassic Park gitu. Aku teringin nak join Jurassic Park Rapids Adventure. Dia lebih kurang macam water ride la tapi awal-awal lagi guard kat situ dah bagitahu kemungkinan besar akan basah sebab ada water splashing, terus tak jadi. Yelah, nak meronda banyak tempat lagi. Kesian tengok muka anak aku kecewa giler. So nak memujuk kekecewaan itu, aku temankanlah jugak dia naik Canopy Flyer. Mainan nie lebih kurang naik dinosour yang boleh terbang la tapi kena tekan butang kat dinasour tu untuk maintain kat atas. Kalo tak tekan, memang akan kat bawah la korang.
![]() |
Amacam? ada macam cerita Jurassic Park tu? |
![]() |
Sakit tangan tekan butang tapi takpe..janji weolls terbang tinggi hoccay |
![]() |
Weeee~ |
After The Lost World, kitaorang pergi melawat Waterworld. Pernah dengar tak? Alah cerita yang Kevin Coastner (betul tak ejaan dia) berlakon tu...yang misi mencari tanah untuk didiami tu sebab bumi dah ditenggelami air. Kat Waterworld nie macam playback cerita tu la. Aku tak dengar sangat dialog diorang sebab macam bergaung tapinya part lawan-lawan tu special effect dia memang best especially art jet-ski melompat keluar dari air tu. So malas nak cerita banyak-banyak, korang layan je la gambar nie hoccay.
![]() |
yang botak nie ketua penjahat la kekonon |
![]() |
Special effect time meletop |
Habis part Waterworld, kitaorang masuk zone Far Far Away. First sekali, singgah dekat pertunjukan Shrek 4D. Tudia..yang beratur nak masuk how nie punya la ramai, sampai 2 khemah. 2 khemah tu pulak susuannya berliku-liku macam usus besar supaya boleh tampung lebih ramai orang (aplikasi prinsip sains). Kalo ikutkan memang malas giler nak beratur tapi bila fikir nak datang sini bukan senang, maka kugagahi jugala beratur. Punyala dok pujuk hati sabar..sabar..sabar...tambah lagi cuaca panas sangat masa tu. Tapi yang syioknya walaupun rasa beratur cam panjangggggg sangat tapi sekejap je rupanya sebab kawasan show 4D tu luas, so boleh muatkan ramai orang sekali show.
Masuk dalam castle Shrek tu, duduk atas kerusi dia lepas tu akan keluarlah cerita Shrek tu kat skrin besar. Kira terlepaslah jugak letih lenguh beratur panjang-panjang sebelum tu. Macam tengok wayang je lebih kurang cuma ada effect, contohnya kalau part keldai kawan Shrek tu bersin, kita ada terasa la tempias air liurnya. Tapi overall memang best sangat. After habis show Shrek tu kami pergi beratur dekat Enchanted Airways pulak. Nama macam best je kan tapi rupa-rupanya roller-coaster tapi yang ini taklah ngeri sangat pun, sesuai la untuk budak-budak. Ngeri tak ngeri pun rasa kering jugakla darah aku nie ha.
![]() |
Shrek's castle. Abaikan je la anak aku yang tengah taksub main dengan kepala dinosour tu |
![]() |
Depan signboard Shrek's Castle |
![]() |
Dalam castle depan gambar King & Queen |
After Shrek, we made our way to Madagascar. At this zone, we will go for a water ride. Sama macam yang lain pun, nak naik water ride nie pun nak kena beratur punyalah panjang ya rabbi. Agak-agak lepas 30 minit baru lah sampai turn kami. So, bermulalah pengembaraan kami masuk dalam terowong yang lebih kurang bentuk macam gua. Kan dinding ngan bumbung gua tu berfungsi macam white skrin la konon-konon. Pastu adalah sound effect yang menceritakan pengalaman 4 sahabat tu - Alex, Marty, Melman and Gloria nak survive masa kontena kayu yang bawak binatang-binatang nie tersadai dekat pulau.
Alah..sebijik macam cerita Madagascar tu. Overall okayla kalau nak impresskan budak-budak macam anak aku yang kagum giler tu kan. Kalo umo dah tua macam aku nie tadek apa sangat pun but yet still worth for a wait.
![]() |
Sekali-sekali jadi macam budak-budak syiok jugak |
![]() |
Bergambar dengan team Madagascar |
Lepas dah habis 'mengembara', kitaorang singgah makan dekat restoran yang terletak bersebelahan je. Nama restoran tu ialah King Julien'sa. Kat sini ada la jugak serve nasi lauk gulai, puas la jugak makan. Agaknya sebab lapar sama kot. Terlalu excited nak discover USS sampai terlupa nak makan. So, kitaorang pun melantak la dengan lahapnya macm dah setahun tak jumpa makanan.=_=
![]() |
Depan pintu depan King Julien's |
FINALLY, lepas dah habis meneroka semua zon-zon dia atas, aku kembali ke zon Ancient Egypt. Saja je aku nak teroka apa yang ada kat sini paling last sekali sebabnya selalu orang kata Save The Best For Last kan. So bolehla lama-lama aku kat zon nie sebelum keluar kan.
Okey, mula-mula sekali aku ingat nak naik roller coaster Revenge of the Mummy tu kan. Dengar orang jerit dari luar macam bes + ngeri je tapi malangnya tak dapatla nak join the ride sebabnya anak aku tak cukup tinggi.
Sesetengah permainan @ pengembaraan ada set tinggi minimum untuk kanak-kanak, kalau tak silap 120cm. Roller coaster nie kalau naik rasanya memang kecut perut sebabnya dia bergerak backwards, jadinya kita memang tak tahu what we will be facing. Kalo tetiba je hantu tu terjah keluar depan muka kita, tak rasa nak tercirit?? So nasihat aku, sebelum korang naik roller-coaster nie baik uolls pi tandas awal-awal. Karang tak pasal-pasal ada yang nak kena beli seluar baru kat gift shop yang berdekatan.=D
![]() |
Tak dapat naik roller coaster, ambik gambar dekat sign board pun jadilah |
![]() |
Guard yang jaga pintu masuk roller-coaster |
![]() |
Ambil gambar dengan abang kaki tinggi. Sasa you... |
Jadi, kesudahan di Ancient City nie aku just join the ride for Tresure Hunt.T_T. Naik kereta kecik macam zaman dolu-dolu punya kereta pastu pusing jela atas laluan yang dibina khas tu. Tapi yang menariknya ialah surrounding yang pihak USS dekor sebijik sama macam dalam citer The Mummy. Siap ada kumbang hitam yang makan daging manusia dalam cerita The Mummy tu. After that, aku drop by gift shop derang dan beli a few souvenirs.
![]() |
Dalam gift shop Ancient City. Siap ada patung firaun lagi |
After dah habis meronda semua zon yang ada, kami berkumpul kat depan pintu masuk sementara menantikan pertunjukan bunga api yang akan diadakan pada pukul 8.30 malam. Firework show tu akan bermula kat tengah-tengah tasik dalam USS. Memang mengkagumkan sangat masa diorang tembak bunga api tu ikut irama lagu yang dimainkan. Bukannya macam pertunjukan bunga api yang sekali sekali berdentum time raya @ deepavali tu tau. Nie ribu-riban punya showcase ni.
Lama jugakla tara nak habih firework show tu. Lebih kurang cam lenguh jugakla leher ni habuan melangut. Tapi tak ada gambar sebab pakai kamera cokia je so tak boleh nak zoom. Kalau ambil gambar pun nampak background hitam je sebab malam.=.=
Lepas selesai semuanya, sebelum keluar, kami pun singgah sekejap kat kedai cenderahati kat mula-mula pintu masuk. Kedai tu paling besar dan jual souvenir untuk semua 7 zone yang ada : Hollywood, Sci-fi City, New York, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt dan Madagascar. Walaupun tukaran mata wangnya mahal, tapi habis banyak juga lah sbab souvenir USS memang semua kiut-kiut, jadi memang rasa macam nak borong semua.
![]() |
Kat depan Gift Shop. Muka dah berminyak-minyak masa nie. Notice tak borong souvenir sampai kena beli beg guni |
Bila dah siap shopping, kami pun kembali ke hotel untuk berehat. Memang rasa puas hati sangat-sangat walaupun badan letih. Nasib baik hotel pun memang ada dalam kawasan USS, jadinya taklah rasa letih sangat tara berjalan nak sampai. Esoknya masa nak balik tu, kaki aku memang dah bengkak sebab sehari suntuk berjalan.
![]() |
Permandangan Universal Studio di waktu malam. Tak larat nak tunggu perkataan UNIVERSAL tu dah..hentam saja |
Sekarang nie USS dah ada Transformers pulak. Ada kesempatan, memang rasa nak pergi lagi. Tapi kena sedia duit banyak-banyak la dulu baru best enjoy!
![]() |
Airport Changi. Dah tak larat nak berjalan |
Macam aku dah bagitahu awal-awal, entri aku kali nie memang panjang berjela-jela. Tapi hopefully dapat beri sedikit sebanyak gambaran on how was it like to spend your day in the USS. Memang berbaloi-baloi nyah!!!
Thank you for reading this entry.
XOXO,
Pumpkin
Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...
ReplyDeleteJuga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Ya ada.. Silakan tanya...
Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219
*Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86